BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 20 Disember 2012

Keliru

Berada di persimpangan apabila perlu membuat keputusan dalam masa yang singkat, fikiran ku berserabut dengan pelbagai perkara.Mampukah aku melakukanya, hanya doa dipanjatkan agar setiap keputusan yang diambil tidak akan disesali atau disalahkan pada kemudian hari. Semoga semua berjalan lancar.............

Isnin, 10 Disember 2012

Di sini

Berada di sini, di penghujung siang, menanti sesuatu yang tidak pasti.Cuba menggapai impian dan harapan yang tersemat kukuh.Namun mampukah aku melakukanya,untuk sekelian kalinya aku berusaha menghindarinya.Hanya padaNya aku bergantung,segala kelemahan dan kecacatanlu dapat ku atasi dengan sebaiknya.Moga aku berada dalam kalangan orang yang sentiasa berusaha dan tidak berputus asa.Dunia ini hanya hiasan kek,nampak sedap dan menyelerakan namun apabila memakannya akan berlakulah segala penyakit.seperti mana pakar yang menyatakan bahawa 99% makanan adalah racun kepada tubuh badan kita.

Jumaat, 7 Disember 2012

SALAM UNTUK KEKASIH = NADIA



Lagu ini ku tujukan khas untukmu..
Semoga kasih yang pernah ada akan terkubur ditelan masa dan takdir..
Takdir Allah yang menentukan segalanya..

Khamis, 6 Disember 2012

first day

(Pic from my sis )
Hari ini cukup seminggu aku mula bekerja.Merasai sendiri perit jerih mengumpul wang hasil kerja keras sendiri.Tidak terasa kekok kerana aku sudah menjalani praktikal sebelum ini,tapi terasa kekok kerana mendapat seorang ketua yang sangat mengambil berat akan anak buahnya.It was good actually, but i have my own opinion.Apa pun dia ketua yang baik, dan harap semuanya akan berjalan lancar seperti sebelum ini.Aku sudah berpuas hati dengan kerjaku,namun suatu hari nanti aku perlu mencari satu kerja yang dapat memberikan kepuasan dan pencapaian yang lebih baik dalam hidup ku.

Khamis, 22 November 2012

Kosong

Permulaan sesuatu yang perlu dilakukan,
begitu jua dengan perubahan sikap.
Bukan mudah untuk aku berada di tahap ini,
payah, dan putus asa seiring sifat manusia biasa, membuatkan aku
berasa indahnya hidup ini apabila pelbagai dugaan dan rintangan dihadapan.
tanpanya hidup kosong, Ya Allah terima kasih untuk semuanya.

Ahad, 4 November 2012

Christina Perri - A Thousand Years (Official Music Video0




Lagu ini ditujukan khas untuk mu..
Biar selama mana kita berpisah..
Namun cinta. harapan dan sayang tetap bersemai..

Sabtu, 3 November 2012

Pasangan

Masyarakat Melayu hari ini semakin tidak kisah malah menggalakan orang muda atau tradisi berkapel, sedangkan di dalam Islam telah menggariskan bercinta yang suci.Ye.. cinta itu suci namun disebabkan pandangan masyarakat bahawa pasangan muda seharusnya bercinta sebelum berkahwin dan harus mengenali selama bertahun-tahun baru buat keputusan berkahwin. Dengan itu, dimana nilai permata yang dicari jika perasaan cinta itu pernah diberi kepada insan yang tidak berhak. Lantas berlakunya gejala sosial yang kita sedia maklum. Bila sesuatu yang diluar kebiasaan menjadi normal maka ia perlu dibentuk semula agar kembali kepada fitrah manusia dan syariat Islam. Semoga kita tergolong di kalangan insan yang mendapat cinta suci kerana Allah dan Islam. Maka hidupla kita dalam ketenangan.

Khamis, 1 November 2012

Sam Tsui - Don't Want An Ending



Ku mengharapkan kita tidak akan berakhir begitu sahaja.
Moga hubungan yang dimulakan dengan persahabatan akan 
berakhir dengan persahabatan jua...

Selasa, 30 Oktober 2012

Keputusan

Betapa sukarnya aku,Bila dalam keadaan begini,Melihat orang Islam berjuang untuk hidup, demi maruah diri, agama dan negara.Wanita di hujung negara sana, sanggup bertarung nyawa melahirkan anak-anak yang soleh bakal pemimpin dan pejuang agama,Naamun wanita dan lelaki di sini menghabiskan masa dengan melahirkan anak untuk dibunuh,atas tiket itu beban dan malu kerana telah melahirkan anak tanpa ikatan.Pernahkan sesiapa bertanya apa yang diingini oleh anak kecil itu.Mengapa manusia begitu mudah membuat keputusan yang akan menseksakan mereka sepanjang hayat.Cukup la tu kesilapan yang dibuat, berpatah pada paksi yang betul.Masih belum terlambat untuk kita sama-sama membimbing diri sendiri, orang sekeliling dan masyarakat agar tidak mudah menjatuhkan hukuman.Manusia itu sifatnya lemah, perlu sesuatu untuk bergantung, maka gantung la harapan dan usaha ke arah-Nya. Semoga kita sentiasa mengingati satu sama lain.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Today

Sejarah hidupku..sukar memikirkan dan menjangka masa depan..perjalanan umpama lubang hitam yang menunggu masa untuk diterokai..

moga dipermudahkan semuanya.. Memharapkan keredhaanNya..
Dalam setiap langkah yang ku ambil, setiap helaan nafas, pemikiran,,
mengharapkan kesejahteraan ke atas semua di di dunia, semoga umat Islam terus tabah dan bangkit memperjuangkan kegemilangan Islam yang pernah wujud.
Islam sesuatu yang memukau setiap insan yang mencari kebenaran kemudiaanya menjumpainya. Jangan menyalahkan agama apabila sesuatu yang buruk berlaku, kerana semua agama  di dunia tidak pernah mengajar penganutnya untuk berbuat jahat. Namun, hanya manusia yang tidak sedar, kurang memahami erti sebuah pengertian agama...

Khamis, 25 Oktober 2012

OST BEGITUKAH CINTA : CINTA : NAZIM OTHMAN





dengarnya, ku ingin sekali mengapainya..

Rabu, 24 Oktober 2012

Untuk Hari Ini

Untuk hari terakhir di sini, 

Mula memikirkan masa depan,

Jauh dari angan-angan,

Berdepan dengan Cabaran,

Luahkanlah, Usah Biarkan Ia..

Untuk mu kurasa sakitnya hati ini,

Kenapa ku harus mengingati mu,

Rabu, 17 Oktober 2012

Meniti hari

Apa khabar,


Disini aku meluah rasa hati ini, semakin ketara ku rasakan cabaran yang bakal menjelma. Orang selalu kata." Apa gunanya masuk universiti kiranya bila sudah habis belajar belum tentu dapat kerja yang setaraf dengan kelulusan ". Namun pernahkah kita duduk sebentar memikirkan mengapa sesetengah dari kita susah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan. Salah satunya sikap kita yang suka memilih kerja yang mempunyai glamor dan pulangan gaji yang lumayan. Sedangkan untuk kita berada di atas kita harus memahami terlebih dahulu masyarakat di sekeliling kita. Benar, apa guna jika belajar tinggi-tinggi tapi setakat kerja kerani, namun sekiranya kita terus berada di tempat tinggi dengan pantas kita akan melupakan tempat di bawah sana. Oleh itu, berhati-hati dan sentiasa beringat : Kita tidak selalu di atas, dan Allah S.W.T tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Lantas berusaha dan bertawakal. Jangan sekali-kali menyerah.

Khamis, 24 Mei 2012

Masih di sini

  • Di sini aku masih merasa betapa payahnya perjuangan bernama pelajaran..

  • Di sini aku masih merasa sukarnya berjauhan dengan keluarga..

  • Di sini aku belajar menghargai erti pengorbanan dan kecekalan

  • Di sini aku menahan segala perasaan dan kemarahan..

  • Di sini aku belajar mengenali diri sendiri dan orang di sekeliling aku..

  • Oleh itu, ku ingin menyatakan bahawa hargailah diri sebelum kita di hanyut arus takdir..

Ahad, 13 Mei 2012

Pembelajaran

Sebagai seorang pelajar kita seharusnya tahu apa yang harus dilakukan..
Bukan sahaja demi diri kita tapi untuk individu sekeliling kita..
Tapi itu tidak bermaksud orang berkuasa aka gila kuasa
boleh mengawal kita..kerana kita sama-sama manusia yang hidup berpandukan peraturan yang telah diterima sejagat..

Fikir-fikirnya..

Rabu, 25 April 2012

Be better

Be better and forget the past..
Nothing to use if we still remember that..
If something happen..
Just let it past by..

Isnin, 23 April 2012

.............

Hari ini aku x tahu nk wat ap

mungkin just baca bku n slide utk lusa pya exm..

mcm relax sgt kn..

Today was History

Hari ini adalah adalah masa silam...
Cuba melupakan namun tetap di ingatan..
Hadirnya cuma ketika..
Waktu dan saatnya tidak kuduga..
Ya Allah berikan aku kekuatan..
Moga ini cuma permainan perasaan,
Jiwa kacau..

Ahad, 19 Februari 2012

Hari pertama

Hari pertama semester 6..

Hari ni cuma cari lec, kelas dan masuk nak tahu silibus..
Betul-betul berjalan..
Naik tangga turun tangga..
Bagus jugak mungkin dalam masa 4 bulan ni boleh kuruskan badan..
Harapan tu..

Sabtu, 18 Februari 2012

Sem Akhir

Syukur..

Akhirnya sampai juga ke tempat ini..
Esok akan bermulanya sem akhir di universiti ini..
Rasa macam tidak percaya pulak..
Macam baru hari pertama masuk sampai sini..
Terus kena demam panas..
Harap sem ini akan berakhir dengan jayanya..

Jumaat, 6 Januari 2012

Final sem

Mcm mn ye nak gambarkan perasaan ini,

Perasaan orang yang dah nak habis degree..
wah tinggal beberapa bulan je lagi..
Peringkat master tidak semestinya manis macam 
peringkat sekarang ini..
apa pun aku wish all the best 4 all my friends 
moga kita semua dapat menghabiskan degree ini dengan jayanya
sekaligus dapat menyumbang bakti kepada masyarakat..