Hayati dan pelajari cinta halal...
Ahad, 15 Disember 2013
Khamis, 17 Oktober 2013
Mahar Cinta Ku
Mungkin bagi sesetengah bakal isteri inginkan mahar @ hantaran yang tinggi nilainya di mata manusia...namun aku memerlukan mahar yang tinggi nilainya di mata Nya..Moga si dia bakal mengerti dan sama-sama berusaha untuk mencapai mahar cinta yang abadi di sana...
Kau Pemilik Hati Ini
Dengarkanlah..hayati setiap ayat yang di lagukan..semoga mendapat iktibar darinya
Isnin, 7 Oktober 2013
Menguntung kalbuku...
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah idol dari korea menpunyai bakat yang besar....seperti mana Jonghyun dari kumpulan Shinee..
Isnin, 16 September 2013
Khamis, 5 September 2013
Jumaat, 30 Ogos 2013
Menghayati lagu ini..
Terima kasih kat kawan yang menunjukkan video yang menarik ini, tarian yang mantap, lagu yang santai dan tiga jejaka kacak...
Sabtu, 17 Ogos 2013
Seperti mana tajuk di atas...tanam kosong maknanya tiada kerja,tiada hasil.Betapa rasa agak tertekan bila tiada kerja, salama ini,cuma tahu belajar,belajar dan belajar. Tapi sekarang bila habis belajar, kena menghadapi satu lagi dugaan hidup, iaitu cari kerja. Memang ramai yang berkata "Alahai, buat apa masuk universiti sekiranya susah dapat kerja".Well, mungkin orang begitu fikir bahawa habis SPM senang dapat kerja, malah di usia muda dapat menanggung ibu bapa, tiada terikat dengan pinjaman dan sebagainya. Namun, bagi sesetengah orang, walaupun kamu tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, kamu masih berpeluang untuk mencari ilmu dan kemahiran yang pasti dapat membantu memperbaiki hidup dan pemikiran. Kerana melalui ilmu, manusia akan dapat melihat pandangan dunia dengan lebih luas dan baik. Dan melalui ilmu, manusia tidak akan dipandang rendah biarpun dia hanya seorang penjual sayur, kerana apabila penjual sayur ini dapat menaplikasikan ilmunya, mungkin dalam masa beberapa tahun dia mampu menjadi usahawan yang berjaya berbanding seseorang yang berhenti mencari ilmu selepas menghabiskan apa yang ditetapkan ke atsnya, tanpa menganalisis kegunaaan ilmu itu ke atas dirinya...
Sabtu, 4 Mei 2013
Masa Depan Negara..
Tanggal 5 Mei 2013, rasanya ramai rakyat Malaysia yang sudah mengerti erti Pilihan Raya akan memperkatakannya...PRU ke-13...Emm....Sebagai rakyat Malaysia yang mengetahui sejarah pilihan raya itu sendiri..apa salahnya meluangkan masa seketika untuk mengundi..mungkin undi tersebut adalah kecil namun memberi makna kepada kepimpinan negara pada masa akan datang..Jika kita lihat pada zaman khalifah sendiri..mereka mengundi dan bermesyuarat untuk memilih pemimpin yang paling layak memimpin negara..kerana pemimpin yang baik , pemimpin yang sangup berkorban harta dan masanya untuk rakyat dan agamanya..Aku amat kagum dengan pemimpin yang sanggup berkorban seperti Khalifah pada zaman dahulu..pemikiran mereka amat matang ...Untuk itu, sebagai pewaris yang generasi ini, kita sebagai rakyat keluar mengundi. Undi pemimpin yang boleh mempunyai karisma sebagai pemimpin. Selamat Mengundi semua...
Jumaat, 26 April 2013
Fikiran
Selasa, 23 April 2013
Fikir dengan tenang...
Sebagai seorang perempuan yang ada banyak nafsu memang susah nak kawal keinginan yang sering timbul dalam fikiran dan hati...Aku memang ada banyak perkara dan benda yang dapatkan serta buat..tapi dalam fikiran aku...dalam pemerhatian aku, walaupun sebanyak mana pun aku boleh dapatkannya..namun masih aku perlu mengawalnya sebaik mungkin kerana aku tau keinginan yang tidak selari dengan keperluan tidak perlu terlalu di ambil perhatian..namun keinginan dan impian itu dapat mengdorong ku berusaha untuk mendpatkannya walaupun sesukar mana..sebanyak mana rintangan yang perlu dihadapi..melihat kepada keadaan dan apa yang ku ingin miliki..sekiranya ia sesuatu yang boleh aku usahakan untuk mendpatkannya..ya aku akan berusaha untuknya..namun untuk sesuatu yang aku pasti dengan usaha aku sorang tidak akan mampu mendapatkannya..aku akan mengundur diri..kerana bukan mudah untuk melupakan keinginan yang ada..sama ada dalam fikiran atau hati...kerana itu aku akan fikir banyak kali sebelum buat keputusan untuk meneruskannya atau meningggalkanya begitu saja..
Rabu, 10 April 2013
Today ( NoTHing)
Seperti biasa, bangun pagi bersiap pergi kerja...Just routine biasa..tapi untuk dapatkan rezeki gagahkan deiri pergi kerja..walaupun berdepan dengan orang (y Kurang Menyenangkan, Bukan nak merungut). Buat keje, berlagak selamba..walaupun dah semacam..tapi fikir jugak itu semua sekadar dugaan untuk matangkan diri..bukan semua orang akan laluinya namun begitu pasti ada ganjarannya..jadi langkah terbaik bekerja dan belajar sesuatu yang baik tentangnya...
Khamis, 4 April 2013
Mengingati
Wang Lee Hom (Getaran Jiwa....)Usaha yang bagus bila terdapat penyanyi yang datang menghormati dan berusaha mengenali serta mempelajari bahasa kita......
Rabu, 3 April 2013
Silent
Bagi sesetengah orang, bila nampak kawan diaorang diam mereka turut akan mendiamkan diri. Kerana mereka sedar dan pasti teman mereka perlu berfikir...bukan sahaja semasa bersendirian tetapi juga bila berteman. Begitu juga dengan aku, kerana itu aku tidak gemar orang sekeliling menyatakan aku berangan kerana aku sedang berfikir, pstt..walaupun kadang kala aku tidak ingin terlibat dengan perbincangan yang tiada kaitan , well kadang itu ada jugak kaitan namun aku lebih suka mendiam kan diri kerana banyak masalah akan timbul bila kita berbicara tentangnya...Sangat terasa hati bila orang kata macam-macam kat kita..sedangkan kita sedaya upaya menjaga hati mereka..But it ok..let it be...
ps. Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik..Bersabar dan tenang..
Khamis, 14 Mac 2013
Shine Your Way
Walaupun aku di sini, masih mencari namun ku menghayati setiap detik yang ada...http://youtu.be/AqR-ElB5kXY
Khamis, 21 Februari 2013
Pencarian
Hidup ini umpama roda yang berputar pada paksinya, namun kadang kala paksi juga akan rosak dan tergelincir dari landasannya. Lantas ia perlu segera dibaiki, begitu jua dengan diri ini. Walaupun diri ini belum sempurna namun aku mencari sebahagian yang bakal melengkapkan diriku ini. Moga apa yang dicari dengan iklas akan dijumpai dengan restu dan doa.
Jumaat, 15 Februari 2013
Luahan Rasa
Jujur dari hatiku, aku sendiri kurang mengerti perasaan ku ini. Adakah aku belum berubah atau hanya perasaan aku yang masih belum berubah. Kenapa begitu sukar aku mencari, adakah pencarian itu hanya sia-sia kerana matlamatku yang tidak jelas. Aku mengerti mengapa tiada sesiapa yang dapat membantu ku kecuali Allah S.w.t. Kerana itu aku perlu terus mencari dan berjuang mendapatkan apa yang ku mahukan. Aku bukan seorang yang terdesak namun sering kali aku didesak oleh bukan pilihan ku. Adakah bukan pilihan ku itu adalah yang terbaik bagi ku.Tapi saat ini ku tahu ada perkara yang lebih penting dari segala matlamat yang satu itu. Mungkin suatu hari nanti akan tiba saat pilihan ku akan muncul. Apa pun aku mendoakan yang terbaik bagi semua matlamat dan perjuangan ku..
Ahad, 10 Februari 2013
Penuh Pengertian
walaupun aku eminati pelakon ini, namun lirik lagu yang dinyayikan lebih memberi erti seakan kisahku.Namun aku tidak akan berpaling lagi untuk meneliti kisah lalu.cuma ku harap ia akan memberi pengajaran kepada ku..
Sabtu, 9 Februari 2013
Thank You
Salam kepada semua..
Ahad, 3 Februari 2013
Kesakitan
Walaupun sakit namun tidak mematahkan semangat dan perjuangan untuk mendaparkan rezeki yang halal. Selagi kudratku masih ada, akan ku berjuang untuk mendapatkanya.Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi segalanya
Selasa, 29 Januari 2013
Saat yang tidak Pasti
Manusia lemah tanpa sokongan dan semangat,tanpa ikutan dan pedoman.
Manusia terus lemah dibuai mimpi nan sepi,indah namun kosong umpama lukisan yang boleh dilihat dan dihayati namun tiada ruang untuk menterjemah dalam bentuk realiti.Manusia, hidup hanya sementara yang tidak mungkin akan berundur kembali kerana kau memintanya.Jangan memihak pada dunia,kerana akhirat yang bakal membahagiakanmu..
p.s:moga kita semua memdapat rahmat dan kesejahteraan dariNya
