HAha..baru aku tahu angka boleh jadi menunjuk satu luahan perasaan..enjoy...
Jumaat, 30 Ogos 2013
Menghayati lagu ini..
Terima kasih kat kawan yang menunjukkan video yang menarik ini, tarian yang mantap, lagu yang santai dan tiga jejaka kacak...
Sabtu, 17 Ogos 2013
Seperti mana tajuk di atas...tanam kosong maknanya tiada kerja,tiada hasil.Betapa rasa agak tertekan bila tiada kerja, salama ini,cuma tahu belajar,belajar dan belajar. Tapi sekarang bila habis belajar, kena menghadapi satu lagi dugaan hidup, iaitu cari kerja. Memang ramai yang berkata "Alahai, buat apa masuk universiti sekiranya susah dapat kerja".Well, mungkin orang begitu fikir bahawa habis SPM senang dapat kerja, malah di usia muda dapat menanggung ibu bapa, tiada terikat dengan pinjaman dan sebagainya. Namun, bagi sesetengah orang, walaupun kamu tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, kamu masih berpeluang untuk mencari ilmu dan kemahiran yang pasti dapat membantu memperbaiki hidup dan pemikiran. Kerana melalui ilmu, manusia akan dapat melihat pandangan dunia dengan lebih luas dan baik. Dan melalui ilmu, manusia tidak akan dipandang rendah biarpun dia hanya seorang penjual sayur, kerana apabila penjual sayur ini dapat menaplikasikan ilmunya, mungkin dalam masa beberapa tahun dia mampu menjadi usahawan yang berjaya berbanding seseorang yang berhenti mencari ilmu selepas menghabiskan apa yang ditetapkan ke atsnya, tanpa menganalisis kegunaaan ilmu itu ke atas dirinya...