Betapa sukarnya aku,Bila dalam keadaan begini,Melihat orang Islam berjuang untuk hidup, demi maruah diri, agama dan negara.Wanita di hujung negara sana, sanggup bertarung nyawa melahirkan anak-anak yang soleh bakal pemimpin dan pejuang agama,Naamun wanita dan lelaki di sini menghabiskan masa dengan melahirkan anak untuk dibunuh,atas tiket itu beban dan malu kerana telah melahirkan anak tanpa ikatan.Pernahkan sesiapa bertanya apa yang diingini oleh anak kecil itu.Mengapa manusia begitu mudah membuat keputusan yang akan menseksakan mereka sepanjang hayat.Cukup la tu kesilapan yang dibuat, berpatah pada paksi yang betul.Masih belum terlambat untuk kita sama-sama membimbing diri sendiri, orang sekeliling dan masyarakat agar tidak mudah menjatuhkan hukuman.Manusia itu sifatnya lemah, perlu sesuatu untuk bergantung, maka gantung la harapan dan usaha ke arah-Nya. Semoga kita sentiasa mengingati satu sama lain.
Selasa, 30 Oktober 2012
Keputusan
Sabtu, 27 Oktober 2012
Today
Sejarah hidupku..sukar memikirkan dan menjangka masa depan..perjalanan umpama lubang hitam yang menunggu masa untuk diterokai..
moga dipermudahkan semuanya.. Memharapkan keredhaanNya..
Dalam setiap langkah yang ku ambil, setiap helaan nafas, pemikiran,,
mengharapkan kesejahteraan ke atas semua di di dunia, semoga umat Islam terus tabah dan bangkit memperjuangkan kegemilangan Islam yang pernah wujud.
Islam sesuatu yang memukau setiap insan yang mencari kebenaran kemudiaanya menjumpainya. Jangan menyalahkan agama apabila sesuatu yang buruk berlaku, kerana semua agama di dunia tidak pernah mengajar penganutnya untuk berbuat jahat. Namun, hanya manusia yang tidak sedar, kurang memahami erti sebuah pengertian agama...
Khamis, 25 Oktober 2012
Rabu, 24 Oktober 2012
Untuk Hari Ini
Untuk hari terakhir di sini,
Mula memikirkan masa depan,
Jauh dari angan-angan,
Berdepan dengan Cabaran,
Luahkanlah, Usah Biarkan Ia..
Untuk mu kurasa sakitnya hati ini,
Kenapa ku harus mengingati mu,
Rabu, 17 Oktober 2012
Meniti hari
Apa khabar,
Disini aku meluah rasa hati ini, semakin ketara ku rasakan cabaran yang bakal menjelma. Orang selalu kata." Apa gunanya masuk universiti kiranya bila sudah habis belajar belum tentu dapat kerja yang setaraf dengan kelulusan ". Namun pernahkah kita duduk sebentar memikirkan mengapa sesetengah dari kita susah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan. Salah satunya sikap kita yang suka memilih kerja yang mempunyai glamor dan pulangan gaji yang lumayan. Sedangkan untuk kita berada di atas kita harus memahami terlebih dahulu masyarakat di sekeliling kita. Benar, apa guna jika belajar tinggi-tinggi tapi setakat kerja kerani, namun sekiranya kita terus berada di tempat tinggi dengan pantas kita akan melupakan tempat di bawah sana. Oleh itu, berhati-hati dan sentiasa beringat : Kita tidak selalu di atas, dan Allah S.W.T tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Lantas berusaha dan bertawakal. Jangan sekali-kali menyerah.
Langgan:
Catatan (Atom)