BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 4 Mei 2013

Masa Depan Negara..

Tanggal 5 Mei 2013, rasanya ramai rakyat Malaysia yang sudah mengerti erti Pilihan Raya akan memperkatakannya...PRU ke-13...Emm....Sebagai rakyat Malaysia yang mengetahui sejarah pilihan raya itu sendiri..apa salahnya meluangkan masa seketika untuk mengundi..mungkin undi tersebut adalah kecil namun memberi makna kepada kepimpinan negara pada masa akan datang..Jika kita lihat pada zaman khalifah sendiri..mereka mengundi dan bermesyuarat untuk memilih pemimpin yang paling layak memimpin negara..kerana pemimpin yang baik , pemimpin yang sangup berkorban harta dan masanya untuk rakyat dan agamanya..Aku amat kagum dengan pemimpin yang sanggup berkorban seperti Khalifah pada zaman dahulu..pemikiran mereka amat matang ...Untuk itu, sebagai pewaris yang generasi ini, kita sebagai rakyat keluar mengundi. Undi pemimpin yang boleh mempunyai karisma sebagai pemimpin. Selamat Mengundi semua...