BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 15 Februari 2013

Luahan Rasa

Jujur dari hatiku, aku sendiri kurang mengerti perasaan ku ini. Adakah aku belum berubah atau hanya perasaan aku yang masih belum berubah. Kenapa begitu sukar aku mencari, adakah pencarian itu hanya sia-sia kerana matlamatku yang tidak jelas. Aku mengerti mengapa tiada sesiapa yang dapat membantu ku kecuali Allah S.w.t. Kerana itu aku perlu terus mencari dan berjuang mendapatkan apa yang ku mahukan. Aku bukan seorang yang terdesak namun sering kali aku didesak oleh bukan pilihan ku. Adakah bukan pilihan ku itu adalah yang terbaik bagi ku.Tapi saat ini ku tahu ada perkara yang lebih penting dari segala matlamat yang satu itu. Mungkin suatu hari nanti akan tiba saat pilihan ku akan muncul. Apa pun aku mendoakan yang terbaik bagi semua matlamat dan perjuangan ku..

0 ulasan: